Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan yakin akan dimakbulkan oleh-Nya, ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati yang lalai dan lengah

Hadis - Riwayat Bukhari No. 7477
  • Jul 25th, 2011
  • 5 notes
  • tweet this
  • Sesungguhnya Tuhan kamu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu sangat pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi-Nya permintaan itu

    Hadis - Riwayat Abu Dawud no. 1488 dan al-Tarmizi no. 3556
  • Jul 22nd, 2011
  • 3 notes
  • tweet this
  • Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling daripada kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan

    al-Quran - al-A’raf: Ayat 180
  • Jul 21st, 2011
  • tweet this
  • Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran

    Al-Quran - Al-Baqarah: Ayat 186
  • Jul 19th, 2011
  • tweet this