Bumi Istanbul, Kan Ku Jejak Kembali…

  • Jul 16th, 2010
  • tweet this
  • Insha Allah, dalam beberapa hari lagi aku akan bertolak ke Istanbul untuk menghadiri International Edcuational Summer Camp. Bumi yang sungguh indah penuh dengan sejarah. Bumi yang sungguh hebat sehingga Napoleon mengatakan “Jika dunia ini sebuah negara, Constantinoplelah yang paling layak menjadi Ibu Negaranya”. Lebih hebat apabila bumi Constantinople ini disebut oleh Rasulullah S.A.W:

    “Sesungguhnya, Constantinople itu akan ditakluk. Rajanya adalah raja terbaik, tenteranya juga adalah tentera terbaik” - Hadis

    Ini merupkan kali kedua aku akan menjejaki Istanbul. Kali pertama aku pergi adalah sekitar tahun 2006. Aku kagum dengan kehebatannya, keindahan pemandangan Cappodocia, kagum dengan kebaikan dan kelembutan rakyatnya dan juga dengan kehebatan Masjid Biru yang tersergam gagah dibandar Istanbul. Lawatan pertamaku kesana tidak memberi peluang untuk aku melawat Masjid Sulaiman. Masjid yang cukup indah dan hebat, dibina oleh ketua Arkitek Kerajaan Uthmaniah, Mimar Sinan. Masjid yang sungguh aku kagumi dengan nilai estetik dan teknologi binaan yang sungguh maju dizamannya. Senibina yang dikatakan mengalahkan kehebatan Hagia Sophia yang terletak tidak beberapa jauh. Namun ketika itu aku yakin, aku akan datang kembali untuk melihat masjid ini. Alhamdulillah, Allah kabulkan niatku. Insha Allah aku akan kesana beberapa hari lagi. Pergi sebagai wakil MISG ABIM untuk menghadiri program summer camp disana. 

    Tahun 1924 menyaksikan peristiwa yang sangat menyayat hati. Itulah dia tahun jatuhnya salah satu warisan Rasulullah S.A.W iaitu sistem khalifah. 86 tahun sudah berlalu, percikan cahaya pembaharuan Islam sudah kelihatan. Terima kasih kepada Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki kerana memperlihatkan sinar harapan untuk Islam yang tercinta. Seorang tokoh pemimpin Muslim yang jarang kita lihat boleh mendapat sokongan penuh rakyatnya. 

    Insha Allah, Islam itu akan kembali gemilang. Kita pernah melakukannya. Kita pernah menguasai hampir separuh dunia. Berdoalah, kerana itu senjata terhebat milik kita yang tidak ada pada musuh-musuh Islam. Insha Allah, Allah tidak akan mensia-siakan doa kita.. 

    Wassalam

    blog comments powered by Disqus